Rabu, 4 Ogos 2010

Subject: SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK

Salam



RAMADHAN AL MUBARAK , kesempatan ini saya Haji Bahari dan isteri Hjh Sabariah mohon maaf jika sepanjang tahun ini ada kesilapan yg dilakukan dari kata-kata , perbuatan , tingkah laku dan minta halal segala makan minum , semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun yang lalu dan menjadi kita lebih BERTAKWA



SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK



Sejarah Ramadhan



1) Ramadhan: ertinya panas terik

2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (sya@ hru ramadhana)

3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.

4) Bulan dimana Nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan

berakhirnya penyembahan berhala.

5) Di dalamnya dipilih ada malam Al-Qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.

6) Di pilih untuk ibadat puasa.

7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)



Kelebihan Bulan Ramadhan



1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)

2) Bulan penuh keberkatan

3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan

4) Amal sunat sama dengan solat fardhu

5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda

6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga

7) Bulan menambah rezeki

8) Memberi buka banyak pahala

9) Bulan keampunan

* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.

* juga doa pada sepertiga malam.

10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan -

pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.



Amalan-amalan di bulan Ramadhan



1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

2) Menempah pakaian untuk Ramadhan

3) Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan

4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam

5) Berazam melakukan Terawih 8 rakaat ( 20 rakaat)

6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)

7) Solat berjemaah setiap waktu

8) Solat jemaah di masjid/surau

9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek

10) Sahur diwaktu akhir

11) Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas

dan tutup sahur dengan tamar / air susu

12) Mandi Janabat sebelum Imsak

13) Kurangkan tidur

14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)

15) Tunaikan Solat Dhuha

16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)

17) Tunaikan solat Rawatib

18) Jaga pacaindera

19) Elakkan gosok gigi pada waktu petang

20) Hadiri majlis ilmu

21) Buat baik pada ibubapa

22) Isteri hendaklah taat pd suami begitu juga suami

23) Banyakkan bersedekah

24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api

25) Berbuka bersama orang tua

26) Jemput tetamu berbuka

27) Kurangkan berat badan

28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)

29) Baiki hubungan suami isteri

30) Baiki hubungan jiran

31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan

32) Elakkan berbelanja berlebihan

33) Kuatkan kesabaran

34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih

35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)

36) Mengejut anak dan isteri di 10 malam terakhir

37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu

38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan

39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu

40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri

41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia

42) Melazimkan solat waktu

43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yang menjadikan pandangan liar

44) Elakkan banyak berhutang

45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu

lagi dengan Ramadhan akan datang

46) Tunaikan zakat fitrah



Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)



1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih

berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang

* Baca ayat akhir surah Al Baqarah

* Baca ayat Kursi

* Baca surah Yaasin

* Baca surah Al Zalazah

* Baca surah Al Qafirun

* Baca surah Al Ikhlas



3) Bagi orang yamg kuat dan cergas

* Bangunkan isteri dan anak

* Mandi

* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran



NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )



* Tarikh turunnya Al Quran

* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik



Cara Sambut Hari Raya



Jangan sekali2 disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan Pada petang akhir Ramadhan orang2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir.

Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.

Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan daripada anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali untuk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.



Takbir Di Malam Raya



Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab.

Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya

Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dengan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yang baik dan seterusnya menjadi insan yang soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.


Go to Previous message | Go to Next message | Back to Messages
ASCII (ASCII)Greek (ISO-8859-7)Greek (Windows-1253)Latin-10 (ISO-8859-16)Latin-3 (ISO-8859-3)Latin-6 (ISO-8859-10)Latin-7 (ISO-8859-13)Latin-8 (ISO-8859-14)Latin-9 (ISO-8859-15)W. European (850)W. European (CP858)W. European (HPROMAN8)W. European (MACROMAN8)W. European (Windows-1252)Armenia (ARMSCII-8)Baltic Rim (ISO-8859-4)Baltic Rim (WINDOWS-1257)Cyrillic (866)Cyrillic (ISO-8859-5)Cyrillic (KOI8-R)Cyrillic (KOI8-RU)Cyrillic (KOI8-T)Cyrillic (KOI8-U)Cyrillic (WINDOWS-1251)Latin-2 (852)Latin-2 (ISO-8859-2)Latin-2 (WINDOWS-1250)Turkish (ISO-8859-9)Turkish (WINDOWS-1254)Arabic (ISO-8859-6, ASMO-708)Arabic (WINDOWS-1256)Hebrew (856)Hebrew (862)Hebrew (WINDOWS-1255)Chinese Simplified (GB-2312-80)Chinese Simplified (GB18030)Chinese Simplified (HZ-GB-2312)Chinese Simplified (ISO-2022-CN)Chinese Simplified (WINDOWS-936)Chinese Trad.-Hong Kong (BIG5-HKSCS)Chinese Traditional (BIG5)Chinese Traditional (EUC-TW)Japanese (SHIFT_JIS)Japanese (EUC-JP)Japanese (ISO-2022-JP)Korean (ISO-2022-KR)Korean (EUC-KR)Thai (TIS-620-2533)Thai (WINDOWS-874)Vietnamese (TCVN-5712)Vietnamese (VISCII)Vietnamese (WINDOWS-1258)Unicode (UTF-7)Unicode (UTF-8)Unicode (UTF-16)Unicode (UTF-32)
| Full Headers
Reply Reply All Forward Forward

Mail Search
WelcomeInboxNewFoldersMail Options



Copyright © 2010 Yahoo! Southeast Asia Pte Ltd. All rights reserved. Copyright/IP Policy - Terms of Service - Help
NOTICE: We collect personal information on this site. To learn more about how we use your information, see our Privacy Policy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan